KEPERIHATINAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

KEPERIHATINAN RAKYAT MALAYSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Saturday 14 February 2015



PENGENALAN


   Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menikmati pembangunan sosioekonomi yang memberangsangkan dan kejayaan ini telah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Pencapaian ini adalah hasil komitmen dan daya usaha kerajaan untuk melaksanakan projek- projek pembangunan termasuk pembinaan bandar baru, infrastruktur dan kemudahan awam seperti empangan, lapangan terbang, pelabuhan, jalan raya, hospital, sekolah, rumah, stesen jana kuasa, jambatan dan sebagainya. Arus pembangunan fizikal ini yang berkembang dengan pesat telah memberi implikasi yang besar kepada perubahan landskap negara. Malangnya pembangunan tersebut dan sikap masyarakat yang kurang bertanggungjawab telah membawa beberapa kesan negatif terhadap alam sekitar dan kualiti hidup kita. Pendidikan dilihat sebagai cara terbaik bagi membentuk generasi yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar. Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar (Pusat Perkembangan Kurikulum 1998). Pendidikan alam sekitar juga merupakan asas bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar, dengan itu akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih beretika



PENCEMARAN AIR 

 
   Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global.Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkutan dan sebagainya.Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radio aktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan  hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. Antara langkah kerajaan untuk mengatasi pencemaran air ialah media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakan alam sekitar. Justeru,untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai. Jesteru, pihak kerajaaan juga seharusnya memperuntukkan sejumlah wang agar sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya sisa mahupun air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum di salirkan ke dalam sistem perparitan. Di samping itu, pihak berkuasa juga perlu menambahkan bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.  Namun, pihak kerajaan juga haruslah membuat pemasangan perangkap sampah yang mampu untuk mengatasi sampah sarap yang di alirkan oleh air melalui longkang.  Perangkap sampah ini, perlu di pasang di tempat-tempat yang strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap.  Oleh itu, parit perlu di selenggara secara berkala supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat.  .Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.




PENCEMARAN TANAH 
      Pencemaran tanah. Pencemaran tanah atau pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan kehakisan tanah. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal yang terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik. Antara langkah kerajaan untuk mengatasi pencemaran tanah ialah mengadakan kempen kesedaran mengenai program kitar semula perlu diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas seperti tong-tong kitar semula haruslah disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol plastik,bekas minuman tin aluminium,kertas,surat khabar dan sebagainya. Selain itu,kerajan turut menanggung kos untuk membantu dalam pemuliharaan alam sekitar dan boleh menjimatkan sumber alam. Di samping itu, kerajaan juga akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan alam sekitar. Contohnya , jika ada masyarakat yang membuang sampah merata-rata,kerajaan aan mengenakan denda sebanyak RM500. Hal ini termaktub dalam peraturan-peraturan dibawah akta 127. Ia menyentuh tentang amalan pengurusan dan tindakan tertentu terhadap  beberapa akta umum dalam akta 127.
PENCEMARAN UDARA
     Pencemaran udara adalah bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia ,jirim zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut tercemar di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini akan memasuki ke dalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupayamenyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Terdapat beberapa langkah yang telah diambil oleh Malaysia untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Antaraya adalah ahli sains di negara kita sedang membuat kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan. Ahli sains telah pun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin.Selain itu, pihak-pihak berkuasa hendaklah sentiasa membuat pemerhatian di kilang-kilang perindustrian bagi memastikan penapis udara dipasang pada cerobong asap kilang-kilang perindustrian untuk mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan.Pihak berkuasa juga haruslah menjatuhkan hukuman denda kepada kilang perindustrian yang melanggar peraturan yang telah disediakan kerana tidak memberi kerjasama untuk mengekalkan udara yang bersih.Kerajaan juga telah menjalankan pelbagai kempen untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang kepentingan menjaga dan mengekalkan kualiti udara yang bersih. Contohnya, Kempen Masyarakat Penyayang diperluaskan bagi merangkumi hubungan manusia dengan alam sekitar agar rakyat Malaysia lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap persekitarannya. Kerajaan turut menggalakkan kempen kitar semula di semua tempat agar dapat mengurangkan kuantiti pembuangan sampah di negara kita.Di samping itu, kerajaan hendaklah mengetatkan undang-undang mengenai penjagaan alam sekitar di negara kita. Pihak berkuasa akan menjatuhkan hukuman kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan aktiviti yang dapat menjejaskan kualiti udara di negara kita seperti menjalankan pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka akan mengakibatkan masalah jerebu di negara kita.Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.

  Penghutanan semula pasti dapat mengekalkan kualiti udara yang bersih dan mengekalkan keseimbangan ekosistem.Kita turut disarankan untuk berkongsi kenderaan untuk ke sesuatu tempat supaya dapat memulihara alam sekitar daripada tercemar malahan dapat menjimatkan tenaga dan wang. Kita juga seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan yang dekat. Cara yang lebih bijak adalah menggunakan basikal, kenderaan awam atau berjalan kaki untuk mengurangkan kadar pelepasan gas karbon monoksida daripada kenderaaan bermotor disamping memberi kesan positif terhadap kesihatan kita. Akhir sekali, kita hendaklah bijak memilih dan menggunakan barangan elektrik yang mesra alam. Kita perlu mengurangkan penggunaan penyaman udara di dalam rumah dan di dalam kenderaan bermotor. Hal ini demikian kerana penyaman udara menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) yang menipiskan lapisan ozon dan membawa kepada pencemaran udara.


PENCEMARAN BUNYI

Bunyi ialah penggangguan tenaga mekanik yang merambat melalui jirim dalam bentuk gelombang.   Manusia merasai bunyi melalui deria pendengaran.


Pencemaran bunyi berpunca daripada :-

1) Pembangunan Industri
 - Bunyi yang dikeluarkan dari kilang-kilang
2) Kawasan Petempatan
- Bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi (Jack Hammer) di tanam dalam tanah
3) Kenderaan
- bunyi hon
4) Aktiviti Manusia
- memasang radio dan televisyen dengan volume yang kuat
5) Kuari
 - Pemecahan batu-batu
KESAN-KESAN PENCEMARAN BUNYI
1) Mengganggu Persekitaran
-  Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah mengganggu persekitaran   dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau
- Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu

2) Masalah Pendengaran Manusia
- Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan secara kronik
- Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran “pupil”.
Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tidak
dapat dikawal, gangguan percakapan dan memberi kesan kepada tingkahlaku



Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran
  • Tidak meluluskan permit kepada pihak yang ingin mendirikan kilang atau industri yang berbahaya atau yang boleh mencemarkan alam sekitar
  • Memastikan membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
  • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar
  • Media massa memainkan peranan dalam membentuk cara pemikiran pengguna mengenai isu pencemaran supaya masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran.